Pages

Tuesday, September 7, 2010

PEMBERITAHUAN

Kepada semua ahli persatuan dan penduduk sekiranya anda ingin mengambil cuti yang panjang boleh lah sms kan ke talian PPVH HOTLINE  > nama > no rumah > tarikh bercuti dan tarikh kembali. Untuk kami memantau kediaman anda sepanjang anda bercuti panjang,Terimakasih dari Biro Sekuriti PPVH

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Persatuan Penduduk Vision Homes mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli persatuan khususnya dan penduduk Vision Homes umumnya.
Kepada penduduk yang memandu balik kampung untuk berhari raya dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan anda. Amalkan sikap sabar dalam menempuh kesesakan jalanraya.

Sehubungan dengan itu semua Ahli Jawatankuasa PPVH memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap serta kekurangan sepanjang kami mentadbir persatuan ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Friday, August 20, 2010

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa 1431H/2010M


Persatuan Penduduk Vision Homes mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa 1431H/2010M kepada semua penduduk Islam di Vision Homes Seremban 2.


Kita bersama mendoakan agar kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Perbanyakkanlah amalan di bulan ini. Semoga di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini semangat ukhuwah dan keharmonian sesama jiran tetangga sentiasa dipelihara oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:

a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.

b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:

- Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan

- Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;

d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;

e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan

f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.


Sila hubungi pusat panggilan banci untuk pertanyaan:


Hotline : 1-800-88-7828

Telefon : 03-8885 7826

Persatuan Penduduk Vision Homes memohon kepada semua penduduk agar memberikan kerjasama kepada pegawai banci yang menjalankan tugas. Tunjukkan sifat perpaduan dan kerjasama di antara kita. Semoga semua penduduk Vision Homes Seremban 2 tidak tercicir daripada senarai banci penduduk tahun 2010.